
Pemikiran anti mazhab ancam syariat islam :
Mungkin terdapat sesetengah golongan yang cetek penyelidikannya dan pengetahuannya tentang perbahasan didalam ilmu-ilmu agama Islam berpendapat bahawa masyarakat awam pada hari ini tidak perlu mengikut mana-mana mazhab dan para ulama,masyarakat hanya perlu mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah secara terus.
Mereka berpendapat sudah cukup dengan segulung Ijazah sarjana atau pHd sudah melayakkan seseorang itu tidak mengikuti mana-mana mazhab.Tidak cukup dengan itu,mereka juga mengatakan mazhab adalah rekaan para ulama silam semata-mata dan tiada kaitan dengan Islam. Sesiapa sahaja yang yang mengikut mazhab termasuk di kalangan pelaku bidaah mungkar bahkan ada yang lebih dangkal lagi mengatakan seseorang itu telah sesat dan kafir. Adakah kenyataan seperti ini benar-benar ilmiah? Apabila kenyataan seperti inikeluar dari mulut seseorang maka telah terbukti kecetekan mereka di dalam memahami perbahasan para ulama muktabar.Mereka membayangkan bahawa para ulama mazhab terdahulu telah mengeluarkan fatwa tanpa sandaran atau lalai terhadap nas-nas Al-quran Al-Karim dan As-Sunnah S.A.W.penyakit seperti ini berpunca daripada pemikiran alLa mazhabiyah (Anti mazhab) yang menggesa masyarakat awam supaya tidak bermazhab. Sedangkan mengikuti kefahaman dan penjelasan dengan bertanyakan sesuatu masalah yang tidak diketahui kepada para ulama, adalah sesuatu yang diajar oleh agama Islam itu sendiri.Firman Allah Taa'la :
"MAKA HENDAKLAH KAMU BERTANYA KEPADA AHLI ZIKIR (ALIM ULAMA) SEANDAINYA KAMU TIDAK MENGETAHUI." (Surah An-Nahl: Ayat 43)
Berkata Imam Syatibi: "fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi orang awam bagaikan dalil syariat
bagi para mujtahid.Adapun alasannya ada tau tidak adanya dalil bagi orang yang bertaqlid adalah sama sahaja kerana mereka tidak sedikitpun mampu mengambil faedah daripadanya.jadi masalah meneliti dalil dan istinbath (mengeluarkan hukum) bukanlah usrusan mereka dan tidak diperkenankan melakukan hal tersebut."
(Kitab Al-Muwafaqat).
"MAKA HENDAKLAH KAMU BERTANYA KEPADA AHLI ZIKIR (ALIM ULAMA) SEANDAINYA KAMU TIDAK MENGETAHUI." (Surah An-Nahl: Ayat 43)
Berkata Imam Syatibi: "fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi orang awam bagaikan dalil syariat
bagi para mujtahid.Adapun alasannya ada tau tidak adanya dalil bagi orang yang bertaqlid adalah sama sahaja kerana mereka tidak sedikitpun mampu mengambil faedah daripadanya.jadi masalah meneliti dalil dan istinbath (mengeluarkan hukum) bukanlah usrusan mereka dan tidak diperkenankan melakukan hal tersebut."
(Kitab Al-Muwafaqat).
Berkata Imam Al-Ghazali : "Bagi golongan awam adalah wajib bagi mereka meminta pendapat dan mengikut (bertaqlid) dengan ulama." (Kitab Al-Mustasfa).
Jika mereka mendakwa dan mendabik dada dengan dakwaan mereka hendak mengikut Al-Quran da As-Sunnah sahaja mereka maka ketahuilah bahawa para ulama muktabar terdahulu beribu-ribu kali ganda lebih memahami dan mengenali sesuatu dalil itu sebelum megeluarkan sebarang hukum.kenyataan seperti ini seringkali kita dngari dari lidah-lidah mereka yang tidak memahami kedudukan khilaf (perselisihan) mazhab didalam Islam lantas memperkecilkan dan merendah-rendahkan para ulama muktabar terdahulu dengan anggapan bahawa para ulama terdahulu mengeluarkan hukum tanpa disandarkan secara tepat kepada Al-Quran dan As-Sunnah S.A.W.
Mereka merasakan diri mereka terlalu hebat berbanding para ulama muktabar sedangkan asal mereka juga tidak terlepas daripada menuntut ilmu agama dari lidah dan tunjuk ajar kitab-kitab para ulama tersebut. kita katakan kepada golongan ini : "Benar,kami juga mengikuti Al-Quran Dan As-sunnah S.A.W secara tekun,akan tetapi ikutan kami dengan fahaman dan penerangan daripada para ulama muktabar."

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud :
"Sesungguhnya Ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, emas mahupun perak. Hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil ilmu (warisan ilmu) tersebut,ia telah mengambil sesuatu yg amt berharga."
(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah dengan sanad sahih)
Mereka hanya berpegang dan menganggap bahawa pendapat mereka sahaja yang betul walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami sepenuhnya akan dalil-dalil dan nas-nas Al-quran dan As-Sunnah yang ma'sum dan sahih.golongan ini turut merasakan mereka sahajalah yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah S.A.W yang merupakan sumber utama mengeluarkan hukum lantas mengatakan sesiapa yang tidak mengikuti mereka adalah jumud,tidak tajdid, tidak ilmiah dan tidak memahami dalil-dalil aqli dan naqli dengan sebenarnya. Inilah khilaf kebanyakan masyarakat pada hari ini. Mencari kebenaran mengikut pendapat masing-masing tanpa berkongsi pendapat secara syumul. Sehingga banyak umat Islam berpecah belah (berpuak-puak) kerana merasa kebenaran dan kajian penyelidikan yang dibentangkan adalah benar sepenuhnya.
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi : "Ya,benar kita berpegang dengan nas maksum yang di wahyukan dari Allah taa'la tetapi kefahaman kamu terhadap nas tersebut bukanlah wahyu apatah lagi ma'sum, Hanya berpendapat berdasarkan zahir nas sahaja." (Kitab :Kaifa Nataamalu Ma'a Turath).
Mendakwa boleh berijtihad oleh seseorang yang tidak berkelayakan merupakan seburuk-buruk perkara dan kerosakan yang paling berbahaya mengancam syariat Islam pada hari ini. Golongan ini menolak mazhab dan menginkari imam-imam mujtahidin bahkan menganggap imam-imam tersebut sebagai penyekat dan penentang syariat islam. Mereka mendakwa bahawa imam-imam ini cuba mengalihkan perhatian manusia daripada syariat yang di bawa oleh Rasullullah S.A.W kepada mazhab-mazhab tajaan mereka sendiri. Golongan ini merupakan pendukung slogan-slogan tertentu dengan selalu mengajak kepada perbahasan, perdebatan, pengkajian semula untuk menyokong pendapat mereka sendiri yang menyatakan ijtihad itu wajib dan taqlid itu haram. Masyarakat yang harmoni pada suatu ketika dahulu menjadi riuh-rendah dan kacau-bilau pada hari ini dengan isu-isu yang mereka bawakan ini.
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi : "Sesungguhnya ramai di kalangan Golongan muda pada zaman ini yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas mendakwa mampu berijtihad dalam urusan agama, padahal ilmu bahasa arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang.seandainya anda menyoal mereka supaya i'rab sebaris ayat,mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik.mereka juga tidak mempelajari usul fiqh. Hanya sekadar meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Al- Zahabi: "Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu." (Kitab: Al-Sahwah Al-Islamiah Min Al-Murahaqah lla Al-Rusyd).
Kata-kata Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi ini sememangnya benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita di Malaysia hari ini. Kita berani mengatakan jikalau kita bertanya pada golongan ini, berapa banyakkah ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang mereka hafal dan fahami, kita yakin jawapan mereka aialah amat sedikit hafalan dan fahaman mereka walaupun telah memiliki segulung pHd. Ini belum ditanya lagi berapa banyakkah ilmu agama yang mereka pelajari dan fahami daripada para ulama serta pelbagai persoalan lagi. Bagaimanakah mereka boleh mendakwa mereka begitu memahami Islam dan mengatakan pendapat mereka sahajalah yang benar sedangkan ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah belum mampu mereka kuasai sepenuhnya? Sedangkan para ulama muktabar yang telah memahami dan menguasai segala ilmu tidak merasa diri hebat bahkan merekalah yang paling merendah diri kerana takutkan Allah Taa'la.

Firman Allah Taa'la :
"SESUNGGUHNYA YANG TAKUT KEPADA ALLAH TAA'LA DIANTARA HAMBA-HAMBANYA
ADALAH ULAMA."
(Surah Faathir: Ayat 28).
Adalah amenjadi satu kesilapan besar apabila mencari hukum-hakam agama di dalam kitab-kitab matan hadis secara mentah. Seseorang yang hanya mengetahui nas-nas hadis tidak boleh berijtihadsendirian tanpa bantuan ahli fiqh yang mahir. Sedangkan ahli fiqh ini pula terdiri daripada golongan yang mesti menguasai ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah S.A.W sebelum mereka layak untuk mengistinbath sesuatu permasalahan. Golongan yang menegah orang lain daripada mengikut mazhab dan ulama muktabar adalah pencetus kepada tertubuhnya sebuah lagi mazhab yang baru. Mazhab itu adalah mazhab yang kelima tajaan mereka sendiri.
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi : "Ada golongan yang memerangi konsep bermazhab,memerangi mazhab fiqh dengan melarang walaupun daripada golongan awam untuk bertaqlid. Pada masa yang sama mereka bertaqlud dengan pandangan guru mereka maka jadilah mazhab yang kelima."
(Kitab: Al-Sahwah Al-Islamiah Min Al-Murahaqah lla Al-Rusyd).
Namun Islam tidak pernah menutup terus pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang telah mencapai tahap ulama mujtahid dengan syarat-syarat yang amat ketat. Layakkah golongan tersebut mendakwa bahawa mereka mampu berijtihad sedangkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak dihafal dan difahami?
jadilah kita seorang penuntut ilmu agama dengan terus menerus belajar dengan kesungguhan dan tekun serta ikhlas. Tuntutlah ilmu selama mempunyai waktu sebelum perit ajal menjemput tiba. Moga-moga kita turut layak menjadi seorang ulama yang cinta akan akhirat, Bukan mengejar nama atau pangkat yang hanya sementara.Wallahualam.
Rujukan Dari :
Shingo Rasta (Anak Perantau Sabah)
-Ikhlasun niat fi kulli Ibadah..
-Au'zubillahi min I'lmin laa Yanfa..
Sabda Nabi S.A.W :
"Menuntut Ilmu Itu Wajib Atas Tiap-tiap Muslim" (Riwayat Ibnu Majah Dari Anas R.a)
-Sekarung duit Di belanjakankan semakin berkurang..Akan tetapi selembar Ilmu dibelanjakan semakin bertambah..Wallahualam.........^.^
"YA ALLAH...SAKSIKANLAH...HAMBA TELAH MENYAMPAIKANNYA..."
WALLAHUALAMU BIS SAWWAB

